Wednesday, April 1, 2009

North Face 100+20L

Beg paling besar setakat ni. Kapasiti 120 liter. Boleh di cerai-kan jadi satu beg 100 liter dan satu lagi 20 liter. Bukan itu saja, dapat lagi satu porch beg. Yang tu aku tak tau berapa liter. Tak sempat nak sukat.

Tapi mana nak dapat 3 beg dalam satu harga macam ni? Brand North Face pulak tu. Kalau poket korang berkepuk duit, maybe tak heran sangat. Tapi kalau poket tak berapa nak sihat, soru pun kadang-kadang miss nak-nak pulak time hujung-hujung bulan, boleh laa nak angkut barang seketul dua kat sini.


Dalam keadaan siap-siaga untuk ber'hiking'.



Boleh cerai-kan jadi 3 beg. Ini bukan magic, bukan camera trick. Tapi betul punya.


Harga satu unit = RM200.00


North Face 75+15 L

Satu lagi beg untuk panjat gunung, camping atau balik kampung. Memang besar yang amat. Silap-silap orang pun boleh masuk dalam beg ni.

Kapasiti 75 liter + 15 liter. Daripada satu beg yang besar, boleh dicerai-kan jadi 3 beg. Kira macam 3 in 1 laa. Fuh, macam syampu!

Gaya standard.



Gaya bercerai-berai. Dapat beg besar(75 L) + Beg galas kecik(15 L) + porch beg


Harga satu unit = RM180.00